Monday, April 29, 2013

Ayam bercili pedas

Ayam 4 ketul
Bawang merah
bawang putih
Cili padi(ikut rasa)
Cili merah dan hijau
Asam keping

Goreng ayam sehingga hampir masak angkat dan tos
Tumiskan bawang dan cili padi yg ditumbuk lumat sehingga garing
Selepas garing masuk kn sedikit air,,garam,asam keping dan ayam..
Masak sehingga sebati

Friday, April 8, 2011

nasi ayam


bahan2 nasi:
beras 5 pot
1 sudu merjerin
air rebusan ayam(sy pakai sup ayam)


 cara2:
panaskan merjerin hingga cair
gaulkan bers dengan merjerin sehinnga sekata
masukkan air mengikut sukatan beras
masak sehingga nasi masak


bahan2 ayam:
1 ekor ayam
bawang merah dan bawang putih dikisar
kicap
sos tiram
garam


cara2: 
perap kan ayam bersama2 semua bahan2 tadi.. biarkan 2 jam di dalam peti ais


bahan2 sup:
2 ketul ayam bahagian dada (sedikit buat rasa)
7 biji  bawang merah dan 5 ulas bawang putih
sup bunjut
halia 1cm
daun sup
garam


cara2:
tumiskan bawang sehinnga naik bau
masukkan ayam dan kacau
tambahkan air,masukkan sup bunjut halia dan garam
masak sehingga mendidih
tutup api dan taburkan daun sup
* buat lebih supaya boleh buat air beras


bahan2 sambal merah:
15 batang cili merah
6 ulas bawang putih
halia( diracik)
1 sudu kecil garam
1 1/2 sudu gula
3 cawan air


cara2:
 kisar cili merah dan bawang putih sehingga lumat
masakkan bahan kisar dan halia  tersebut
tambahkan gula dan garam secukupnya
biarkan sehingga menjadi pekat 


* sara suka makan nasi ayam dengan sambal kicap.. bg pedas (^_^)

Thursday, April 7, 2011

karipap

bahan2 kulit:
500g tepung gandum
garam
3sudu makan marjerin
1 biji telur
air secukupnya


cara2:
cairkan marjerin, dan masukkan kedalam tepung yang dicampur garam telur serta air
uli hingga menjadi doh...


inti:
1 biji bawang besar -di potong dadu
5 biji kentang di potong dadu
2 ulas bawang putih-dicincang halus
setengah paket serbuk kari kecik
daging/ayam
daun sup dan daun bawang


cara2:
tumiskan bawang besar dan bawang putih
masukkan rempah kari yang dicampur 1/4 air..
masak hingga garing
masukkan kari dan daging/ayam
masukkan air dan biar sehinnga ayam dan kentang empuk.
masuk kan daunsup dan daun bawang dan biarkan sehinnga kering

Tuesday, April 5, 2011

NASI DAGING

 bahan2..
4 pot beras basmathi
2 pot beras biasa
beberapa bawang putih dan merah di hiris halus
1/2 susu cair
1/2 minyak sapi (tin kecil)
1/2 cawan minyak masak
1 batang kayu manis(sederhana)
6 biji bunga cengkih
2 biji bunga lawang
air(ikut sukatan beras)
daging dihiris (ikiutlah nk banyak mana)
jagung


cara2:
panaskan minyak sapi dan minyak.
tumiskan rempah ratus dan bawang sehingga garing
masukan airdan daging. tambahkan garam(agak2 utk masak kuah)
biarkan sehingga mendidih dan masukakn susu cair..
apabila mendidih, masukkan beras dan juga jagung..
apabila nasi hampir masak
perlahan kan api dan biar sehinnga nasi masak...
hiaskan dengan bawang goreng dan daun sup serta makan dengan air asam..

SELAMAT MENCUBA

Thursday, February 3, 2011

sup tulang dan sambal sotong



Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 500g tulang lembu
  • 1 sup bunjut adabi
  • 2 kiub ayam - tak kisah mana2 adabi ke maggie
  • 2 1/2 liter air.
  • 3-4 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • minyak untuk menumis
  • daun sup/ daun bawang
  • bawang goreng
  • cili padi -kalo nak pedas :)
  • limau nipis- kalo suka masam2 sket..
  • 2 ketul ubi kentang
  • 1/2 batang lobak merah

                                                              Cara-cara

Mula-mula cucilah tulang temulang.

Kupas bawang putih. Pastu bersihkan.

Ketuk-ketuk bawang putih dengan pisau. Pastu cincang-cincanglah biar jadi halus.

Hiris pula halia nipis-nipis. Tapi kalo sape ada lesung tu boleh tumbuk halia sekali dengan bawang putih.

Panaskan minyak. Tumislah bawang putih dan halia ni sehingga bawang putih jadi kuning.. kalo hangus sket tu takpe..

Dah tu masuklah air dengan tulang-temulang. Rebuslah sehingga tulang empuk.

Bila dah empuk tu, masuklah pula ubi kentang dengan lobak merah.. Kalo tak nak letak pun takpe..

Masuk pula rempah sup bunjut dan juga kiub ayam. Biarkan sehingga ubi kentang empuk.

Masukkan pula sedikit gula. Pastu bolehlah rasa. Kalo tak rasa masin lagi bolehlah tambah garam. Tak cukup manis tambahlah gula.

Bila nak makan tu bolehlah letak bawang goreng, daun sup, daun bawang, cili padi. Kalo suka masam perhlah sedikit limau nipis.


sambal sotong

Bahan-bahan ( 4 org )

  • 5 ekor sotong
  • 1 bj bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 15 tangkai lada kering
  • 1 senduk minyak masak
  • garam & gula secukup rasa

                                                               Cara-cara

Sotong dibersihkan & disiang.

Lada kering,bawang besar,bawang putih di kisar halus.

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga betul2 masak lebih kurang 15minit.

Masuk sotong dan gaulkan rata. Masuk pula garam & gula secukup rasa. Gaul sekata selama 5minit dan terus angkat alihkan dari kuali. Jgn masak lama2 kerana sotong akan keras & kecut.

biskut choclate chip



Bahan-bahan ( 100 biji )

  • 450g tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 250g mentega
  • 115g gula halus
  • 110g gula perang
  • 100g chocolate chips
  • 3 sudu besar cocoa powder
  • 250g gajus(panggang dan cincang halus)
  • 1 sudu kecil baking soda
Cara-cara

Pukul mentega dan gula sampai kembang

Masukkan telur dan pukul lagi

Masukkan tepung+baking soda yg telah diayak, sedikit demi sedikit dan juga chocolate chips dan kacau

Masukkan gajus dan kacau lagi

Buat bulat kecik-kecik dan tekan dengan garfu atau apa-apa bentuk yang disukai
Bakar dalam oven pada suhu 160C selama 15 minit

Wednesday, February 2, 2011

ikan sweet sour



bahan2

    • 1 ekor ikan siakap-dilumur garam n kunyit atau dilumur garam dan sedikit tepung jagung.
    • 3 biji bawang merah-ditumbuk
    • 1 ulas bawang putih-ditumbuk
    • 1 in halia-dihiris panjang2
    • 1 biji tomato-dipotong dadu
    • 1/2 biji cili capsicum-dipotong dadu
    • 1/2 biji bawang besar-dipotong dadu
    • 2 sudu besar sos tomato
    • 2 sudu besar sos cili
    • 1/2 lobak merah-dipotong dadu
    • 1/3 timun-dipotong dadu
    • sedikit bunga kobis
    • sedikit nenas-dipotong dadu
    • sedikit garam dan gula secukup rasa

    Cara-cara

Ikan yg dilumur tadi digoreng hingga garing sedikit. Ketepikan.

      Tumis bawang yg ditumbuk, halia dan bawang besar.

          Masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau. Masukkan tomato, cili capsicum dan sayuran lain. Masukkan sedikit air jika terlalu pekat.

              Biar mendidih, masukkan garam dan gula. Angkat dan tuang atas ikan yg digoreng tadi